PENGGAMBARAN VIDEO MAJLIS PELANCARAN KOD ETIKA PROFESIONAL

 


6 Oktober 2025| Isnin

Hari kedua Latihan Idustri saya di Unifilm Studio, Universiti Utara Malaysia, Sintok Kedah.

Hari ini saya berpeluang menyertai sesi penggambaran video sempena Majlis Pelancaran Kod Etika Profesional Universiti Utara Malaysia (UUM). Ia merupakan pengalaman yang sangat berharga bagi saya kerana dapat belajar secara langsung tentang proses kerja sebenar dalam dunia produksi video.



Seramai 7 orang staf senior UniFilm Studio, termasuk saya, terlibat dalam penggambaran kali ini. Kami turut bekerjasama dengan 6 orang wakil daripada Unit Undang-Undang serta 2 orang tambahan yang membantu menjayakan rakaman. Kerjasama antara semua pihak berjalan dengan baik dan teratur.


Tugasan utama kami ialah merakam video temu bual (interview) dan beberapa babak lakonan (scene shoot) untuk digunakan dalam video rasmi pelancaran.

Saya berpeluang membantu dalam beberapa bahagian teknikal seperti:

  • Menyiapkan peralatan rakaman seperti kamera, tripod, dan prompter.
  • Membantu bahagian audio dan pencahayaan (lighting) bagi memastikan kualiti rakaman lebih jelas dan terang.
  • Mempelajari teknik sudut kamera (camera angle) yang sesuai untuk setiap babak.
  • Mengikuti aliran penggambaran (shooting flow) daripada persediaan awal hingga ke sesi penutup.

Melalui tugasan ini, saya belajar bagaimana setiap elemen seperti audio, pencahayaan, dan sudut kamera memainkan peranan penting dalam menghasilkan video yang profesional. Saya juga dapat melihat bagaimana komunikasi antara kru dan pihak klien membantu memastikan semua berjalan lancar mengikut perancangan.

Walaupun penat, pengalaman ini sangat menyeronokkan dan membuka mata saya tentang dunia produksi sebenar di lapangan. Ia juga memberi keyakinan untuk saya mengendalikan peralatan kamera dan memahami aliran kerja produksi dengan lebih baik.

Penggambaran untuk majlis ini bukan sahaja memberi pengalaman teknikal, tetapi juga melatih saya untuk bekerjasama dalam pasukan besar. Saya berasa bertuah kerana diberi peluang untuk terlibat secara langsung dalam projek rasmi universiti bersama staf berpengalaman UniFilm Studio.

12 Oktober 2025 | Ahad

Hari keenam Latihan Idustri Latihan Idustri saya di Unifilm Studio, Universiti Utara Malaysia, Sintok Kedah.

Sambungan penggambaran bagi video sempena Majlis Pelancaran Kod Etika Profesional Universiti Utara Malaysia (UUM). Namun kali ini, saya diberi peluang untuk melakonkan watak dalam videotersebut.




Apa yang saya belajar adalah saya dapat memahami bagaimana proses lakonan dijalankan dalam sesuatu penggambaran video. Saya juga belajar pentingnya kerjasama antara kru produksi dan pelakon bagi memastikan hasil penggambaran berjalan lancar. Selain itu, saya dapat melihat sendiri bagaimana setiap babak diambil berulang kali bagi mendapatkan hasil yang terbaik.



Comments

Popular posts from this blog

ABOUT ME

MAIN PROJECT VIDEO

MONTHLY LOGBOOK