KONVOKESYEN-38 UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

 November 2025

Minggu ke-4 Latihan Industri saya di Unifilm Studio, Universiti Utara Malaysia, Sintok Kedah.

Hari konvokesyen merupakan salah satu acara besar yang dianjurkan oleh Universiti Utara Malaysia setiap tahun. Pada hari tersebut, saya berpeluang terlibat secara langsung dalam penugasan bersama staf produksi lain untuk memastikan proses siaran berjalan dengan lancar.

Sepanjang hari konvokesyen berlangsung, saya membantu pasukan produksi dalam beberapa tugasan teknikal berkaitan siaran langsung. Antara tugasan yang diberikan kepada saya ialah menyunting lower text yang digunakan dalam paparan siaran. Lower text ini penting untuk memaparkan maklumat seperti nama tetamu, jawatan, atau maklumat berkaitan graduan semasa majlis berlangsung.

Tugasan ini memerlukan ketelitian kerana maklumat yang dipaparkan perlu tepat dan disusun dengan baik sebelum dimasukkan ke dalam sistem siaran.

Melalui penugasan ini, saya juga berpeluang mempelajari penggunaan perisian vMix. Perisian ini digunakan untuk mengendalikan proses broadcast dan livestream sepanjang majlis konvokesyen berlangsung.

Antara perkara yang saya pelajari termasuk:

  • Cara memasukkan dan mengurus lower text dalam sistem siaran.

  • Memahami aliran kerja siaran langsung (live broadcast workflow).

  • Melihat bagaimana setiap input video diselaraskan sebelum dipaparkan kepada penonton.

Pengalaman ini memberi gambaran jelas kepada saya tentang bagaimana proses livestream untuk acara rasmi berskala besar dijalankan dengan kerjasama pasukan teknikal.


Pengalaman terlibat dalam penugasan konvokesyen ini memberi pendedahan baharu kepada saya dalam bidang penyiaran dan produksi siaran langsung. Saya bukan sahaja belajar tentang aspek teknikal, tetapi juga kepentingan kerjasama dan koordinasi antara kru bagi memastikan siaran berjalan tanpa sebarang gangguan.

Secara keseluruhannya, pengalaman ini sangat bermakna kerana saya dapat mempelajari kemahiran baharu dalam dunia broadcast yang mungkin tidak dapat dipelajari sepenuhnya di dalam kelas.

Comments

Popular posts from this blog

ABOUT ME

MAIN PROJECT VIDEO

MONTHLY LOGBOOK